Monday, March 28, 2016

Seruan ke Baitullah...

Tatkala pulang dari bercuti di United Kingdom, hati resah gelisah serba tak kena...
Apa lagi yang 'kekurangan' ye? Mood ingin bercuti seolah-olah hilang keinginan...
Lantas pada suatu ketika, hati terdetik,"Ohh umrah..." Iyaaa! Saya sudah dapat jawapannya!
Hati rasa jealous bila melihat kenalan yang upload gambar mereka di tanah suci dan dalam pada masa yang sama terbit keinginan yang kuat dari hati...
Ohh ya Allah, tolonglah jemput aku sebagai tetamuMu secepat yang mungkin...
Ingin segeraku menjadi tetamuMu...

Di tambah pula dengan ibu mertua dan sanak-saudara suami yang sangat meriah berombongan ke tanah suci, hati semakin tidak senang duduk...Tak boleh jadi nih!
Tanpa berlengah, saya buat sedikit carian maklumat....
Search senarai umrah travel agent di website Ministry of Tourism for validation...
Then saya mula melebarkan lagi searching ke website kompeni...

Semak calendar cari tarikh terdekat yang sesuai untuk keberangkatan...Kalo dapat time yang cuti umum kederet, lagi bagus...Jimat my annual leave.,.Hik3!
Dan sebolehnya saya berhajat nak pergi ke tanah suci pada musim sejuk :)
Lalu saya hubungi suami menyatakan apa yang merungkai hati...Beliau kelu tergamam apabila saya ajak pergi umrah...Suami bagi GREEN LIGHT...
Tanpa berlengah, saya hubungi travel agent yang berkenaan untuk dapatkan maklumat terperinci, seterusnya make a deal...
Boarding pass
Kami rahsiakan dulu perancangan kami, al-maklumlah tabiat saya yang memang suka bikin surprise...Hik3!
Masya'Allah, urusan sebelum berlepas berjalan dengan sangat lancar, dari mendapat pelepasan Ketua Jabatan sampai la ke kelulusan visa...Sungguh, hati saya tak keruan, tidur malam tak lena, mandi tak basah, debaran nak mengerjakan umrah mengalahkan debaran nak bernikah kot...

Saya tak pernah keluarkan perbelanjaan untuk melancong sebanyak yang saya keluarkan untuk mengerjakan umrah..Inilah perbelanjaan pertama kali yang saya sendiri rasa menggigil nak transfer payment...
Duit simpanan dalam bank account menyusut dengan jayanya namun saya percaya Allah Maha Kaya...Saya mesti make a 'big investment' untuk Allah yang mana pulangannya pasti lebih berkat...

Saat yang buat saya teruja dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah ialah bila mana wakil travel agent whatsappkan gambar visa pada passport kepada saya...Allah permudahkan, masya'Allah!

No comments:

Post a Comment