Thursday, November 19, 2015

Terokailah Alam Ciptaan Allah

Bukalah mata dan minda seluasnya...

Apabila anda bermusafir ke luar negara, bukalah mata dan minda anda seluasnya.
Sekiranya anda melawat negara yang lebih mundur (kurang membangun), cuba renungkan kenapa mereka mundur.
Seandainya ciri2 kemunduran itu wujud dalam budaya di negara kita, sedarkanlah rakyat untuk membuat perubahan.
Bawa pulang apa yang baik untuk kita lakukan transformasi.

Sebaliknya apabila anda menziarahi negara maju, renungkan dan fikirkan, buatlah penanda aras kenapa mereka boleh mara ke hadapan?
Apakah kualiti yg mereka miliki sehingga menjadikan mereka negara yg berkompetensi tinggi.
Kutiplah kebaikan dan praktis yg baik untuk dijadikan panduan dan tiruvasi.

Namun, jangan kerana ingin mempertahankan kelebihan negara kita, aspek kelemahan atau keburukan pula yg anda jadikan sebagai asas perbandingan.
Jika 'keselesaan' itu yg anda ingin sematkan, maka kita tidak akan maju sampai bila2.
Lontarkanlah rasa sayang anda kepada negara kita melalui pujian dan ketengahkan perkara yg baik2 sahaja.
Dalam pada masa yg sama, kaji kelemahan yg perlu diperbaiki.

Ironinya, semua negara berlumba2 untuk meletakkan nama negara masing2 di 'mata' dunia.
Dalam perlumbaan, kita kena pandang ke depan supaya lebih berdaya saing.
Bukan sebaliknya memandang ke belakang lalu merasa lega kerana kita bukan yg terakhir.
Namun. kita harus sedar bahawa kita bukan yg pertama.
Sesungguhnya 'keselesaan' hanya membiarkan kitaberada di takuk yg sama.
Autumn view @ Southampton
Ingin disimpulkan bahawa tujuan melancong bukanlah semata-mata berkunjung ke negara maju untuk menikmati kemajuan yg tidak terdapat di negara kita tetapi seimbangkanlah lawatan anda juga ke negara yg kurang membangun supaya kita dapat berkongsi pengetahuan dan buah fikiran sebagai penambahbaikan dan ambil iktibar sebagai sempadan.

Tuesday, November 17, 2015

Day 1: Inflight Experience with Airbus A380-800

1hari = 32 jam??Hehe!Semua orang diperuntukkan 24 jam sehari tapi disebabkan perbezaan 8 jam antara Malaysia & UK, dapatlah 'extra additional 8 hours' katanya...At 1st masa decide nak pilih flight schedule, ikutkan saya prefer flight malam...Ye laa, kena timing kita tidur, rasa singkat je journey, kan...Tapi  bila survey, flight malam agak mahal, maybe sebab laku keras n masa promo tuh, website set as 'Not Available'...
Ni la dia orang yang paling seronok bila naek aeroplane...Hihihi!
Since flight kami adalah waktu pagi (waktu tempatan), makanya sepanjang perjalanan kami tidak menempuh malam tetapi siang sepanjang masa...Asal tengok ikut cermin tingkap aircraft, cerah aje sentiasa...Agagaaa!

Alhamdulillah Mishary mudah dibawa travelling...Inflight entertainment kami hanya entertain beliau...Hehe!Beliau cukup beri kerjasama yang padu...Thank u sayang mama ;)

Selamat beradu sayang mama...
Kenapa commercial flight sering menjadi pilihan saya?Apabila travelling bersama anak kecil, saya menitikberatkan hospitality untuk keselesaan Mishary...Bila mana ada empty seats, kami akan diberikan lebih seats or we can move freely to other row at our own convenience...Tak dinafikan, saya perlu 'bayar lebih' untuk hospitality tapi why not, sekiranya ia masih dalam kemampuan saya...Lagipun kita dah bekerja keras, inilah masa untuk kita 'reward' diri dan insan tersayang...
Dirikanlah solat 5 waktu tidak kira di mana anda berada






Tatkala seruan solat memanggil, berjalanlah ke bahagian belakang pesawat kerana di sebelah kanan dan kiri pesawat ada disediakan ruang untuk mengerjakan solat yang ditutupi oleh tirai. Screen TV juga turut terdapat di situ supaya anda boleh mengetahui kedudukan arah kiblat pada 1-1 masa...Kerjakanlah solat dengan khusyu' dan tawaddhu' sebagai tanda syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat yang Allah kurniakan...
Lap (keringkan) sink dengan tissue untuk keselesaan bersama




Saya sebolehnya nak elak dari masuk toilet dalam pesawat tapi dah kalo journey almost 14 hours, mana bisa menahan daaa....Silap tak bawa botol kosong, besor sket water capacity...Small paper cup alahaiii cukup2 je...
Tangga yang menghubungkan upper deck and lower deck





Ini tangga untuk naik ke upper deck...Kami duduk kat lower deck je...Passengers yang ada infant or children tak disarankan untuk duduk di upper deck kerana dikhuatiri anak kecil seronok plak main naik tangga turun tangga...Tskk3!

Kamar rehat cabin crews ada di upper deck...Cabin crew diberikan masa untuk berehat or tidur sekurang2nya 4 jam...
Setelah beradu, anak soleh request for 'mamam' sambil watching cartoon

Alamakkk...Baru teringat, belum citer pasal meal and entertainment...Tak sempat nak snap pic meal sebab awal lagi dah terkam...Kih3!~ By the way, heavy meals will be served only TWICE per journey - 90 minutes after departure and 90 minutes before arrival...

Stand by laa stock2 makanan (Ada rejeki, ada yang 'lepas' masa security check) buat kudap2an...Kalo claim untuk anak, rejeki sokmooo...Dari Malaysia je la tapi...Kalo security check kat Heathrow, wassalammm!

Beverages?Request laa sebanyak mana pun sampai perut kembung...Ahahaaa~ Manakala inflight entertainment macam2 hado...Nak dengar songs ke, watch movies or dramas, hindustan, etc. Sukati lerrr nak pilih apa...Saya layan "Flight Info" je..Hehe!

Monday, November 16, 2015

Day 1: KUL - LHR

Itinerary kami ke London officially bermula pada 29 October 2015 di mana malam sebelum keberangkatan, kami menginap di KLIA Concorde Inn Hotel, Sepang...Kebetulan saya ada free voucher untuk penginapan (almost expired), so kasi redeem terus..

Usai breakfast, kami menaiki shuttle bus yang disediakan secara PERCUMA dan menunggu ruangan di lobby hotel..Shuttle bus akan bergerak setiap pada setiap 30 minit...So, no worries yaaa!
Anak soleh belum mandi sebab belum terjaga dari lena yang enak
Setibanya di KLIA, kami terus ke kaunter untuk drop luggage. For international flights, check-in counter open 3 hours prior departures meanwhile for domestic flights, check-in counter open 2 hours prior departures..Settle drop luggage yang mengambil masa tidak berapa lama, kami pun bergegas mewangikan anakanda di kamar mandian bayi...Hehe!
Mishary memang enjoy dapat main air...Hehe!
Tanpa berlengah lagi, lalu kami meneruskan hala tuju ke International Departure untuk tujuan pemeriksaan boarding pass dan passport. Walaupun masih awal dan ada masa yang panjang sebelum perlepasan, namun ada beberapa security check point yang kena lalu. Dapat plak boarding gate yang paling hujung..Kena naik tren dan walkaton lebey..Jadi, tak boleh nak leka sangat.
Meh2 tenung lama2...Sedut aura meresap ke dalam hati
Cakkk!!Here we were...Seakan bermimpi je tatkala melihat screen ni...Serious rasa macam ehh betul ke nih??Ikutkan flight schedule was @ 1010 tapi delayed about half an hour n passengers were welcoming to come onboard 1 hour prior departure...

Ohh ye, flight yang terbesar is Airbus A380-800. Ini satu-satunya Malaysian flight yang destinasinya adalah London, UK...Kira nih destinasi paling jauh laa yang MAS fly...3 years ago kemunculan pesawat Airbus A380 membuatkan hati saya bergetar lalu terus tertanam dalam hati which is "1 fine day, I must gain inflight experience with this airline"...Finally, alhamdulillah!
Alaaa...Tak dapat nak capture full pic 1-1nya aircraft berbody biru putih sebab terselindung di sebalik corong
Our journey took approximately 13 hours 55 minutes to reach the destination. Sebenarnya tempoh perjalanan cuma 12 hours 30 minutes tapi disebabkan flight kena divert route, jadi jauh sket laa di mana route asal adalah melintasi ruangan udara Syria tapi disebabkan Syria ada rusuhan, jadinya perlu menukar haluan...

Thursday, November 12, 2015

Tiket Penerbangan ke London

Alhamdulillah pada 29 October 2015, kami sekeluarga selamat berlepas ke London-Heathrow dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dan selamat tiba ke tanahair pada 7 November 2015, juga menaiki pesawat yang sama :)

Syukur ke hadrat Illahi yang mengizinkan perancangan ini dan mempermudahkan urusan segala sedari keberangkatan sehingga ketibaan...Agak gusar di hati saya sebelum keberangkatan (Nervous kalah persediaan nak kawen...Agagaga!) lebih2 lagi apabila kawasan utara Semenanjung Malaysia dilanda jerebu yang agak teruk pada pertengahan bulan October yang lalu...Kepada Allah kami berserah~

Ticket penerbangan ini saya beli pada pertengahan bulan January 2015 di mana pada masa itu MAS buat promo yang mana pada saya agak kawww2 laa juga...Mau tak rembat??Ditambah plak ada suara yang memanggil2 daku ke sana...Hahaha!Pada masa ini pelaksanaan GST masih belum dikuatkuasakan...Haa; nampak tak, saya beli ticket berapa lama tempoh sebelum penerbangan??Bukannya seminggu 2 or sebulan 2 sebelumnya tauuu...Perumpamaan kiraannya tuh dari mula hamil hingga dah bersalin...Hehehe!

Berbalik kepada proses merembat ticket promo, bila setiap kali MAS buat promo, mesti saya akan sekodeng harga promo sebab nak tengok ada lagi tak, offer2 yang seterusnya lebih murah dari yang saya beli...LOL!Tersenyum saya setiap kali survey harga sebab memang tambang murah yang saya beli tuh is the CHEAPEST n tak dapat dah dalam promo2 lain...Kwang3!

Psst2!Saya beli ticket promo nih senyap2 n secara rahsia tanpa diketahui suami saya...Saya sempat merahsiakan 'half way'...Hahaha!Pada pertengahan tahun tempohari, saya terpaksa kasi 'Surprise!!' dengan membocorkan rahsia bahawa sebenarnya saya dah beli ticket ke London untuk cuti2 luar biasa..Weehuu!

Justeru, saya dedikasikan percutian familymoon ini istimewa 4 both of my 2 heroes - MR ;)
Serious nak tauuu berapa harga ticket promo?? --> RM2493/adult (All-in inclusive, return ticket economy class) for low cost commercial flight

MAS (Kini dikenali sebagai MAB) buat 2 trip daily both from Kuala Lumpur - London and London - Kuala Lumpur...So, anda boleh pilih flight schedule ikut kesukaan anda seperti dalam gambar di bawah...Sorry kalo gambar kurang jelas...Kasi zoom, k?
Till we meet again, United Kingdom!