Thursday, November 19, 2015

Terokailah Alam Ciptaan Allah

Bukalah mata dan minda seluasnya...

Apabila anda bermusafir ke luar negara, bukalah mata dan minda anda seluasnya.
Sekiranya anda melawat negara yang lebih mundur (kurang membangun), cuba renungkan kenapa mereka mundur.
Seandainya ciri2 kemunduran itu wujud dalam budaya di negara kita, sedarkanlah rakyat untuk membuat perubahan.
Bawa pulang apa yang baik untuk kita lakukan transformasi.

Sebaliknya apabila anda menziarahi negara maju, renungkan dan fikirkan, buatlah penanda aras kenapa mereka boleh mara ke hadapan?
Apakah kualiti yg mereka miliki sehingga menjadikan mereka negara yg berkompetensi tinggi.
Kutiplah kebaikan dan praktis yg baik untuk dijadikan panduan dan tiruvasi.

Namun, jangan kerana ingin mempertahankan kelebihan negara kita, aspek kelemahan atau keburukan pula yg anda jadikan sebagai asas perbandingan.
Jika 'keselesaan' itu yg anda ingin sematkan, maka kita tidak akan maju sampai bila2.
Lontarkanlah rasa sayang anda kepada negara kita melalui pujian dan ketengahkan perkara yg baik2 sahaja.
Dalam pada masa yg sama, kaji kelemahan yg perlu diperbaiki.

Ironinya, semua negara berlumba2 untuk meletakkan nama negara masing2 di 'mata' dunia.
Dalam perlumbaan, kita kena pandang ke depan supaya lebih berdaya saing.
Bukan sebaliknya memandang ke belakang lalu merasa lega kerana kita bukan yg terakhir.
Namun. kita harus sedar bahawa kita bukan yg pertama.
Sesungguhnya 'keselesaan' hanya membiarkan kitaberada di takuk yg sama.
Autumn view @ Southampton
Ingin disimpulkan bahawa tujuan melancong bukanlah semata-mata berkunjung ke negara maju untuk menikmati kemajuan yg tidak terdapat di negara kita tetapi seimbangkanlah lawatan anda juga ke negara yg kurang membangun supaya kita dapat berkongsi pengetahuan dan buah fikiran sebagai penambahbaikan dan ambil iktibar sebagai sempadan.

No comments:

Post a Comment