Wednesday, October 28, 2015

Cabaran pendidikan anak2 di alam cyber

Alam cyber menjadikan ibu bapa dan anak menjadi 'manja'. Apabila maklumat boleh didapati dengan banyak dan mudah tanpa struktur yang betul, masyarakat pada hari ini mudah rosak.

Apakah peranan ibu bapa dalam menangani isu ini?
1) Firman Allah,"Wahai orang2 yang beriman!Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berpaling dariNya, padahal kamu mendengar (perintah2Nya)" (Al-Anfaal: 20)

Apabila anak menjadi beban kepada internet dan ibu bapa tidak memainkan peranan, ibu bapa kelak akan dipersoalkan. Ibu bapa perlu mensasarkan anak agar tidak jadi 'talam 2 muka' (Depan baik, belakang sebaliknya)

2) Allah akan bertanya sama ada kita telah menunaikan amanah atau peranan sebagai suami atau bapa, dan dipertanggungjawabkan untuk kewajipan nafkah

3) Dalam hal ehwal rumahtangga, suami bertindak sebagai CEO (planning), manakala isteri COO (execution)

4) 3 golongan yang tidak masuk syurga:
a) Anak yang menderhakai ibu bapa
b) Lelaki yang menyerupai wanita
c) Suami yang dayus - Membenarkan isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain

5) Firman Allah,"Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa yang bersyukur kerana Allah, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji" (Luqman: 12)

Hikmah mesti ada pada si bapa. Bersyukur kepada Allah dengan anugerah kelahiran anak, bersyukur dengan aqiqah, potong rambut, timbangan dan sedekah mengikut timbangan perak, Maka, hendaklah bapa berterusan memberi peringatan kepada anak. Komunikasi bapa dengan anak itu wujud. Firman Allah,"Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar2 kezaliman yang besar" (Luqman: 13)

6) Firman Allah,"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (keletihan), dan menyusukannya dalam usia 2 tahun" (Luqman: 14)

7) Sekiranya ibu bapa mengajak kepada maksiat, jangan taati mereka. e.g. Ibu saya menyuruh saya memakai baju spagetthi, saya pun pakai sebab nak menuruti suruhan

8) Jika ada sekalipun amalan sebesar biji sawi, nescaya Allah akan memberi balasan walaupun secara terselindung, tersembunyi, mahupun tertutup


9) Tawaddhu' - Jangan sombong. Manusia tidak sempurna tetapi hendaklah sentiasa muhasabah diri. tutur kata dan bahasa melambangkan hati. Firman Allah,"Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai" (Luqman: 19)

10) Perbanyakkan dan pelbagaikan doa dan tingkatkan penghayatan. Percaya bahawa doa kita akan dimakbulkan Allah. Doa membentuk aura yang positif. Usahakan doa untuk dimakbulkan. Jangan syirik. Jangan memakan harta yang haram. Sekiranya mahu melabur, jangan semberono melabur pada saluran yang salah hanya semata-mata mahu beroleh hasil yang lumayan. Kelak natijahnya anak jadi degil, bebal dan lain2

11) Adab - Bagi seseorang kamu mengajarkan tentang adab, lebih baik daripada menyedekahkan secupak beras setiap hari. Walaupun tiada dalam agama, adab Melayu pun elok dipraktikkan selama mana tidak bercanggah dengan syara'

12) Ajarkan anak untuk kasihkan kita dan tunjukkan kasih pada anak agar diketahuinya. Seorang bapa yang tidak pernah mencium anak, bermakna Tuhan telah tarik rahmatnya. Pentingnya seorang ibu kasih kepada anaknya agar anaknya kasih kepada ibunya

13) Bagaimana untuk mewujudkan rasa dihormati? Buat apa yang kita mahu anak buat. Jadikan diri sebagai role model (Qudwah hasanah). Lebihkan banyak membaca dan mencari maklumat. Ibu bapa perlu menguasai IT supaya tak dikuasai (dimanipulasi) oleh anak den kerana 'buta IT'

14) Disiplin
a) Internet tak boleh 'on' masa hari sekolah
b) No smartphone at night. Rasional: Bahaya malam2 syaitan banyak berkeliaran. Boleh menimbulkan syahwat
c) Letakkan komputer di ruang yang terbuka supaya ibu bapa boleh monitor (lalu-lalang)
d) No smartphone masa balik kampung. Rasional: Masa untuk bergaul dan bermesra dengan sanak-saudara
e) Tetapkan aplikasi yang boleh dimuatnaik
f) Fikirkan alternative untuk menggantikan internet dan ketagihannya

15) Tiada kompromi komunikasi antara anak2 dengan individu lain jantina kerana syaitan paling kuat dalam godaan ini

(Sumber: Ceramah mengenai pendidikan anak2 di alam cyber yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman pada bulan February 2015)

Wednesday, October 7, 2015

Khasiat Susu Ibu

Semestinya setiap ibu mengimpikan yang terbaik untuk bayi yang dikandungnya. Begitu juga saya!
Saya percaya tumbesaran seorang bayi bermula daripada pemakanan seorang ibu, iaitu sedari bayi dalam kandungan sehinggalah bayi selamat dilahirkan :)

Apa yang ibu makan, khasiatnya akan sampai kepada bayi anda. Justeru, pengambilan makanan yang bernutrisi, berkhasiat dan berzat penting untuk dititikberatkan sepanjang tempoh kehamilan.

Pemberian nutrisi yang terbaik buat bayi tidak terhenti saat bayi dilahirkan. Setelah bayi dilahirkan, bayi masih bergantung kepada ibu untuk terus salurkan khasiat buat si manja menerusi susu ibu yang diberi minum. Subhanallah! Banyak khasiat yang terkandung dalam susu ibu, ciptaan semula jadi oleh Allah! Susu ibu, susu terbaik di dunia!
Ayat al-Quran tentang Penyusuan Susu Ibu
Ayat al-Quran tentang Penyusuan Susu ibu
Ibu-ibu yang budiman, ketahuilah ibu-ibu bahawasanya ganjaran pahala Allah kurniakan bagi setiap titisan susu ibu yang diberikan kepada bayi. Justeru, sedari saya disahkan hamil, terus saya menanam tekad untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif untuk si manja saya.

Niat perlu ya ibu-ibu! Jangan ragu-ragu untuk memberikan yang terbaik buat bayi apatahlagi memandang rendah kepada diri sendiri dengan bisikan-bisikan negatif seperti:

"Saya risau tiada susu badan..."
"Badan saya kecil, ada ke susu nak keluar?"
"Saya tak pasti lagi nak beri susu ibu sepenuhnya atau campur dengan susu formula... (Ibu berkerjaya)"

Setiap rasa dan kata (meskipun di dalam hati cuma) adalah DOA. Sungguh, telah ada yang berlaku! 

SAIZ BADAN??
Saiz badan bukan penentu kepada kuantiti susu yang terdapat dalam payudara ibu-ibu
Saiz badan bukan penentu sama ada ibu-ibu melahirkan bayi secara servics vaginal delivery (SVD) iaitu kelahiran secara normal atau lower segment caesarian section (LSCS) iaitu kelahiran melalui pembedahan

Apa yang penting adalah PEMAKANAN yang diambil dalam diet seharian ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan.
Entri kali ini, Sara nk kongsikan Khasiat dan Kebaikan Susu Ibu untuk bayi:
a) Membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi - Mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
b) Susu awal ibu, iaitu kolostrum - Menguatkan sistem imunisasi bayi anda. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru
c) Mencegah pelbagai masalah alahan seperti eczema, athma dan colic (perut kembung)
d) Membantu meningkatkan kecerdikan dan kecerdasan minda anak anda
e) Tidak mudah tercemar berbanding cara penyusuan lain
f) Tidak perlu 'disediakan' kerana sentiasa boleh didapati pada bila-bila masa tanpa perlu membancuh atau menyesuaikan dengan suhu yang betul
g) Memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi
h) Memberi peluang kepada ibu dan bayi untuk berinteraksi sepenuhnya dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak

Semoga penulisan ini memberi maklumat dan manfaat buat ibu-ibu dan bakal ibu!
Salam sayang,
- SARA, menyokong penyusuan bayi secara eksklusif - (Whatsapp/SMS: 016-4413858)
(Sumber: Kementerian Kesihatan)

Testimoni Set Kesuburan Shaklee

Memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan suami isteri yang menjadi pengikat kasih suami isteri..Kehadiran anak membawa penyeri dalam rumahtangga yang sepi..Namun, terdapat sesetengah pasangan yang diuji dengan 'kesepian' sebelum Allah hadirkan zuriat buat mereka...Alhamdulillah, berkat usaha, Allah makbulkan hajat pasangan bertuah ini...

Hari ini saya nak kongsikan TESTIMONI SET KESUBURAN oleh 'cucu' Shaklee saya. Beliau telahpun selamat melahirkan cahaya mata sulung secara caesarian. Jommm kita ikuti kisah yang diceritakan sendiri oleh Nurul Azniezah Aminuddin =)
Seri wajah bakal ibu
Seri wajah bakal ibu
"Saya sudah lama berdaftar sebagai ahli Shaklee...Saya memilih untuk menjadi ahli Shaklee bertujuan membeli supplement buat ibu tersayang pada harga ahli...
Sesungguhnya saya bukan penggemar vitamin...Saya tidak berdisiplin dalam pengambilan vitamin..Setelah 7 bulan bernikah, saya mula gelisah kerana masih belum hamil..Bimbang juga kalau ada apa-apa masalah kesuburan sebab ibu saya selepas berkahwin dulu, cepat je 'lekat'...
Biasalah bila dah lepas tempoh 6 bulan perkahwinan, kawan-kawan dan saudara-mara dah mula sibuk-sibuk bertanya, "Dah ada 'isi' ke belum?" Dalam tempoh itu, selain giat 'berusaha' dan berdoa, saya juga turut jaga pantang makan minum..Tidak lama kemudian, saya disahkan hamil! 
Walau bagaimanapun, apabila usia janin mencecah 3 minggu, saya keguguran..Sedihnya hati, Allah sahaja Yang Mengetahui...Kata doktor, "Berkemungkinan hormon puan tidak stabil akibat tekanan jadual kerja ataupun suasana di tempat kerja"..Lantaran itu, saya membuat keputusan untuk meningkatkan tahap kesihatan diri dan memulihkan kesihatan dalaman badan saya dengan pengambilan GLA COMPLEX, ALFALFA COMPLEX dan BCOMPLEX yang mengandungi asid folik. 
Alhamdulillah....Setelah sebulan mengamalkan SET KESUBURAN Shaklee secara konsisten, saya disahkan hamil!Ekoran dari itu, saya memilih untuk berkongsi kebaikan yang saya perolehi dengan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang memerlukan vitamin untuk kesihatan optimum..Saya yakin dengan keberkesanan Shaklee kerana vitamin yang dihasilkan melalui proses secara semula jadi tanpa bahan kimia..Semestinya selamat untuk digunakan tanpa kesan sampingan"
Bagi anda yang ingin berkongsi pengalaman dan mendapatkan tips dan panduan dari Nurul Azniezah Aminuddin (ID: 1102251), jangan segan-silu untuk menghubungi beliau menerusi Whatsapp/Telegram: 013-2776764

Perut buncit atau hamil?

Dilema perut buncit pada wanita!Perut buncit kerana hamil, ia adalah NORMAL tapi bagaimana jika sebaliknya?

Situasi:
a) Ada wanita yang sudah lama tidak didatangi haid. Sangkaannya perut buncit adalah hamil tetapi rupa-rupanya tidak hamil =(
b) Ada pula wanita yang tidak menyedari bahawa diri 'berbadan dua' kerana tidak mengalami sebarang alahan. Sedar-sedar je, ehh perut membuncit!Hehehe~
Perut buncit
Perut buncit
Jommm kita kenali, bagaimana nak bezakan perut buncit kerana hamil dengan perut buncit yang tidak hamil?
1) Picit perut
--> Sekiranya anda boleh picit buncit di perut, ia bersifat kenyal, berlipat dan gendut, itu petanda anda tidak hamil
--> Sekiranya anda tidak boleh picit perut buncit kerana keras, berkemungkinan anda hamil!

2) Tarik nafas
--> Apabila anda tarik nafas dan tahan, perut anda mengempis, itu petanda anda tidak hamil
--> Apabila anda tarik nafas dan tahan, perut anda tiada perubahan (tidak mengempis), dan anda berasa termengah-mengah kerana menahan nafas, berkemungkinan anda hamil!

Perbezaan Vitamin C Shaklee

Tidak ramai yang tahu apakah perbezaan yang terdapat dalam Vitamin C Shaklee berbanding vitamin C yang terdapat di pasaran atau farmasi. Berikut adalah 3 sebab anda perlu menjadikan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan:

1) Semula jadi dan tiada bahan kimia
Vitamin C Shaklee diproses secara semula jadi tanpa bahan kimia atau tiruan. Semestinya Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!
Kebaikan Vitamin C secara umum
Kebaikan Vitamin C secara umum
2) Mengandungi "Citrus Bioflavonoids"
Vitamin C dan bioflavonoids adalah penting untuk ANTIOKSIDAN yang berkesan. Ia bertindak menjaga kesihatan mata dan badan. Kajian mendapati kedua-duanya saling melengkapi dan mempercepatkan proses penyerapan

3) "Sustained Release"
Jika anda perasan, di botol Vitamin C Shaklee, terdapat perkataan "Sustained Release". Apakah yang dimaksudkan dengan "Sustained Release"? Vitamin C Shaklee merupakan produk PERTAMA yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semula jadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semula jadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.

Bagi setiap pengambilan 1 tablet Vitamin C Shaklee, ia mengandungi 500mg. Justeru, khasiat Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan iaitu setiap 1 jam, 100mg vitamin dilepaskan. Ini membolehkan keseluruhan 500mg Vitamin C dapat diserap kesemuanya tanpa perlu dibuang begitu sahaja.
Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
Jadikan ketiga-tiga ciri di atas dalam pemilihan Vitamin C yang semula jadi, selamat dan berkesan untuk anda!

Disclaimer: *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Shaklee Tidak Berkesan?

Dalam ramai-ramai prospek pelanggan Shaklee yang berurusan dengan Sara, 70% daripada prospek pernah 'mendengar' (mendapat maklumat) berkenaan produk Shaklee.

Dan daripada 70% prospek tersebut, 60% prospek pernah menggunakan produk Shaklee. Maklumbalas yang diberikan kepada Sara, produk Shaklee dikatakan TIDAK BERKESAN.

Soalan pertama yang Sara akan ajukan, "Bagaimanakah cara pengambilan vitamin Shaklee?" Prospek pun bercerita. Hasil perbualan, 100% (kesemua) pengguna Shaklee (bukan pelanggan Shaklee Sara) memberitahu cara pengambilan vitamin yang tidak betul!

Salah satu sebab Sara tertarik untuk sebarkan kebaikan vitamin Shaklee adalah kerana vitamin Shaklee merupakan vitamin yang BERKESAN. Sara diajar bagaimana cara pengambilan vitamin yang betul, fungsi dan kebaikan vitamin, di samping nasihat dan panduan berguna yang disertakan untuk memastikan keberkesanannya.

Harus difahami, kebergantungan kepada pengambilan vitamin semata-mata tetapi dalam pada masa yang sama, mengabaikan aspek kesihatan yang lain, adalah tidak betul.

Sebelum mengenali Shaklee, untuk mendapatkan vitamin atau ubat-ubatan, semestinya Sara perlu mengunjungi farmasi, Guardian atau Watson. Tapi Sara tidak berkeyakinan untuk membeli kerana Sara tidak mendapat layanan konsultasi daripada ahli Farmasi atau jurujual di situ.

Sudah laa kita bukan ahli perubatan, dan kurang ilmu pengetahuan berkenaan ubat-ubatan, tiada pula orang yang sudi untuk beri penerangan terperinci kepada kita. Kesudahannya?Kecewa dengan layanan yang tak seberapa dan "makan pandai-pandai sendiri" tanpa diajar garis panduan.

Setelah diamati, antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini:
1) Pelanggan tidak mendapat KONSULTASI yang baik daripada pengedar sah Shaklee, termasuklah akar umbi permasalahan

2) Pelanggan tidak KONSISTEN dalam pengambilan vitamin tetapi dalam masa yang sama tidak sabar inginkan hasil atau perubahan yang pantas

3) Pelanggan tidak minum air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari
Perlu diketahui, vitamin Shaklee BUKAN ubat tetapi vitamin Shaklee merupakan SUPLEMEN. Tubuh manusia adalah UNIK. Kesan ke atas pengguna mungkin berbeza antara satu sama lain

Sentiasa SELAMAT, Sentiasa BERKESAN, Sentiasa MESRA ALAM
Sentiasa SELAMAT, Sentiasa BERKESAN, Sentiasa MESRA ALAM
Nasihat Sara untuk semua pelanggan Shaklee:
1) Dapatkan rangkaian produk Shaklee daripada pengedar sah Shaklee yang bertauliah

2) Makanlah vitamin secara konsisten mengikut jadual cadangan pengambilan vitamin seperti yang disarankan

3) Dapatkan nasihat daripada Doktor atau Pakar yang merawat anda mengenai jenis atau kategori suplemen yang boleh diambil atau tidak boleh diambil
Apa pun, kesembuhan datangnya daripada Allah. Kita hanya berdoa memohon keizinanNya, dan perlu berusaha dan berikhtiar mencari penyelesaian.

Disclaimer: *Produk Shaklee bukan bertujuan untuk MERAWAT, MENCEGAH, MENDIAGNOS atau MENYEMBUHkan apa jua penyakit atau masalah kesihatan

PCOS

PCOS, dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome atau terjemahannya dikenali sebagai Sindrom Polisistik Ovari. PCOS adalah masalah endoktrin yang menyumbang 80% wanita yang mengalami infertility (ketidaksuburan) yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi.

PCOS berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat hormon testosteron dan insulin yang berlebihan. Kesannya, kitaran haid tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, gangguan metabolisme dan kolestrol.
Normal ovary vs. PCOS ovary
Normal ovary vs. PCOS ovary
TANDA-TANDA MENGHIDAP PCOS
1) Tidak subur atau mandul
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa pakar ginekologi dan onkologi kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin. Mereka masih belum mendapat zuriat setelah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka mudah mengalami peningkatan berat badan yang berlaku secara mendadak

2) Kitaran haid yang tidak teratur
Tanda yang biasa dialami oleh pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan sudah lama tidak kedatangan haid mencecah 3 atau 6 bulan. Lebih dari itu, ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid

3) Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami masalah kegemukan atau obesiti. Malah, peringkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid menjadi lebih tidak teratur. Tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur (ovum) tidak dapat menetas

4) Darah haid sedikit atau/dan berpanjangan
Wanita yang menghidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - Hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, yang mana kebiasaannya haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu

5) Tumbuh rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut. Lebih dari itu, tumbuh rambut pada bahagian tangan dan adakalanya dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan penghidap penyakit PCOS ini

Apakah rawatan yang sesuai untuk penghidap PCOS?
  • Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal dengan pemakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau kawan-kawan kerana mereka kebiasaannya mempunyai 'low self-esteem' dan sensitif
  • Memulihkan masalah kitaran haid - Mempunyai berat badan yang berlebihan mengundang kepada ketidakstabilan hormon. Justeru, dengan penurunan berat badan, masalah kitaran haid dapat diatas
  • Ikhtiarkan dengan GLA COMPLEX
GLA COMPLEX
GLA Complex
MANFAAT GLA COMPLEX
1) Mengawal hormon estrogen dan testosteron
  • Membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita di mana prostaglandin melegakan simptom Pre-Menstruation Syndrome (PMS) seperti senggugut, sakit payudara dan gangguan emosi
2) Meningkatkan kesuburan wanita
  • Mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan
  • GLA Complex mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan berlaku
  • Menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil 'cecair kesuburan' di dalam rahim. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari
  • Memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari
3) Melambatkan menopause (putus haid)
  • Simptom menopause adalah seperti berpeluh-peluh, insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, stress dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA Complex dalam jangka masa panjang juga mampu melambatkan proses penuaan,mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan anjal
Testimoni PCOS dengan GLA COMPLEX
Testimoni PCOS dengan pengambilan GLA Complex
Sekiranya anda menghidap PCOS dan memerlukan bantuan konsultasi, saya bersedia membantu:
Call/SMS/Whatsapp: Sara - 016-4413858 (ID:930385)

Headache

I came across a very interesting article about HEADACHE.
Doctors have identified several kinds of headaches. If a person has frequent headaches, the doctor first has to decide what kind of headaches they are. Medicine can help, but each kind begins in a different place and needs different treatment.
Headaches
Headaches
1) Migraine headache
Symptoms: Headache starts in the arteries in the head. The arteries swell and send pain signals to the brain. The person sees wavy lines, black dots, or bright spots in front of his eyes. The headache occurs on only one side of the head
Effect: Change in vision - Blurred. The person may vomit due to the pain
Additional information: The headache happens more frequently in women than in men. Sleep is the best cure for it

2) Cluster headache
Symptoms: It comes in clusters or groups and lasts for 2 or 3 months. Then it stops for several months or even years. Headache starts in the arteries in the head. Every time it strikes, it lasts for up to 2 hours and then goes away. At the beginning of the headache, the eyes are red and watery. There is a steady pain in the head. When the pain finally goes away, the head feels sore
Additional information: Both men and women suffer from cluster headaches

3) Muscle headache
Symptoms: The headache starts in the muscle of the neck or forehead. It is caused by tension. When a person works too hard, is nervous about something, or has problems at workplace, at home, the neck and head muscles become tense, and then this headache begins. This type of headache is usually triggered in the morning and gets worse as the hours pass. There is also a steady pain, pressure and a feeling that the head is about to explode
Headache
Headache
OTHER TREATMENT
a) A change in diet or an increase in exercise might stop the headaches
b) It might be possible to make changes and decrease the causes of tension
c) Psychological problems and even medicine for another physical problem can also causes headache. The doctor has to determine the actual cause of the patient's headaches - Some of the questions asked by the doctors may revolve around the frequency and duration of the headache, the time it occurs, the intensity of the pain and its location, the possible triggers and any prior symptoms. This is crucial because a headache can also be a signal of a more serious problem

MEDICAL TREATMENT
1) Migraine and muscle headaches: The doctors may prescribe Aspirin, Acetaminophen, Ibuprofen, Naproxen, Excedrin, Triptans and Botulinum Toxin type A
2) Cluster headache: The most common treatments used to treat cluster headaches are by taking Ergotamine and Sumatriptan, as well as inhaling pure oxygen

ALTERNATIVE TREATMENTS
a) Acupuncture
b) Herbal remedies using feverfew
c) Homeopathic remedies
d) Vitamins and supplements
e) Hydrotherapy
f) Massage
g) Regular physical exercise
h) Relaxation (mediation) techniques
Headaches have an enormous impact on society due to missed workdays and lost productivity. If you have a headache, and it recurs, it is time to talk to a doctor. There is no magic cure for headaches, but doctors can control most of them
Adapted from: www.medicinenet.com/headache/article.html

Kesan Penyusuan Bayi Susu Ibu

Kebiasaan kita baca blog-blog atau intipati khasiat susu ibu, kebanyakannya adalah berkisarkan khasiat susu ibu kepada bayi. Tetapi bagaimana pula dengan kesan penyusuan bayi susu ibu kepada kesihatan ibu? Topik ini mungkin kurang dibincangkan. Walau bagaimanapun, suka untuk saya kongsikan beberapa kesan penyusuan bayi susu ibu daripada perspektif kesihatan ibu:

a) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin
b) Membakar kalori dan mengembalikan bentuk asal anda dengan cepat
c) Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
d) Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara eksklusif (tetapi tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penyusuan semata-mata. Ibu-ibu perlu menggunakan kaedah 'perancang keluarga' sebagai langkah yang lebih selamat)
Menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam
Menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam
Lain-lain kebaikan:
a) Tidak memerlukan perbelanjaan mingguan/bulanan untuk membeli susu formula
b) Persekitaran yang 'hijau' tanpa botol-botol, tin-tin dan kotak-kotak
c) Mudah untuk bermusafir tanpa perlu menyediakan air suam, susu dan lain-lain keperluan
d) Bayi dapat terus disusukan apabila diminta tanpa perlu mengambil masa (bangun pada tengah malam) semata-mata untuk membancuh susu
(Sumber: Kementerian Kesihatan)

Semoga bermanfaat!

Ibu-ibu memerlukan lebih khasiat dan tenaga kerana perlu menyediakan untuk '2 orang'. Saya syorkan ibu-ibu untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee yang terbukti berkesan dalam membantu ibu-ibu untuk sentiasa kekal bertenaga dalam menjalani kehidupan/rutin seharian dan set Shaklee menyediakan khasiat terbaik kepada ibu dan bayi dalam meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif!

Konsultasi pengambilan Set Penyusuan Shaklee, disediakan istimewa untuk pelanggan saya! Konsultasi pengambilan Set Penyusuan Shaklee, disediakan istimewa untuk pelanggan saya!
Feel free to SMS/Whatsapp (Sara): 016-4413858

Tips Hebat Banyakkan Susu Ibu

Alhamdulillah, ibu-ibu pada hari ini ramai yang dah mempunyai kesedaran tentang khasiat dan kepentingan susu ibu kepada bayi. Seperti saranan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penyusuan secara eksklusif, ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi secara eksklusif (tanpa air putih atau makanan tambahan) sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Dan bayi boleh mula mengambil makanan pejal apabila mencecah usia 6 bulan. Jangan beri makanan pejal kepada bayi sebelum bayi berumur 6 bulan ya ibu-ibu. Usus bayi masih 'fragile', belum sesuai untuk terima makanan/minuman selain daripada susu ibu. Susu ibu lengkap nutrien kesemuanya untuk bayi seusia itu. Walau bagaimanapun, penyusuan eksklusif disarankan untuk diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Putera saya - Mishary Rashid
Putera saya - Mishary Rashid
Perlu untuk ibu-ibu ketahui, imunisasi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah bergantung kepada susu ibu semata-mata. Justeru, tempoh 6 bulan dikatakan sebagai tempoh yg 'kritikal' untuk ibu menjayakan penyusuan secara eksklusif. Tahukah ibu-ibu bahawa kuantiti susu ibu yang terhasil dipengaruhi oleh faktor DEMAND (permintaan) dan SUPPLY (penawaran).

Lagi banyak demand, lagi banyak supply. Sekiranya demand kurang, ini bermaksud supply pun akan berkurangan. Sebagai contoh, kekerapan bayi menyusu akan memberi signal (isyarat) bahawa susu perlu dihasilkan kerana terdapat permintaan.

Entri pada hari ini, saya sukacita untuk berkongsi dengan ibu-ibu, TIPS HEBAT BANYAKKAN SUSU IBU dari perspektif pengepaman, perkembangan bayi dan persediaan ibu. Jom kita baca tips-tips yang berharga itu:

1) Pemilihan Pam Susu dan Aktiviti Pengepaman
a) Dapatkan pam yang bersesuaian (menjimatkan masa dan memberikan keselesaan)
b) Periksa jika pam anda mempunyai masalah suction (sedutan) dan sebagainya yang membuatkan susu yang keluar semakin berkurangan
c) Kerapkan mengepam (mengosongkan payudara) atau menyusukan bayi setiap 2 jam atau 3 jam sekali
d) Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang
d) Jika perlu, buat hyperstimulation (power pumping) dengan menggunakan double-pumping pump
e) Tingkatkan masa mengepam e.g. Selepas bayi menyusu, tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
Istimewa Bayi Susu Ibu
Keistimewaan Bay Susu Ibu
2) Bayi, penyusuan dan pengambilan solid food (makanan pejal)
a) Bagi bayi yang belum memulakan solid food (makanan pejal), elakkan pemberian air masak, susu formula atau jus buah kepada bayi untuk pastikan anak terus menyusu badan (elakkan kekeliruan)
b) Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
c) Pastikan bayi menyusu di kedua-dua belah payudara sehingga bayi berhenti sendiri
d) Elakkan penggunaan botol susu ketika anda bersama bayi - Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak (tanpa perlu berusaha untuk menyedut). Berbanding dengan penyusuan secara langsung, bayi perlu ber'usaha' untuk menyedut susu dan proses sedutan mengambil masa. susu hanya akan keluar apabila disedut (memancut sekiranya susu banyak)

3) Persediaan Ibu
a) Ibu perlu memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi protein, kalsium dan galactagogues (milk booster - penggalak susu) untuk menghasilkan lebih banyak susu badan e.g. Alfalfa Complex, Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix, Susu, Fanugreek, dll.
b) Banyakkan minum air masak (seeloknya air suam) atau banyakkan makanan yang mengandungi sup terutamanya sup lobak putih
c) Perbanyakkan atau kerapkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu - Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan stok EBM dan secara tidak langsung anda dapat maintain stok EBM
c) Banyakkan berehat yang secukupnya - Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi

4) Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan production susu badan drop
a) Elakkan stress (tekanan) - Ibu yang berada dalam emosi yang tidak stabil akan membantutkan pengeluaran susu
b) Penggunaan pil perancang yang tidak bersesuaian akan 'mengeringkan' susu badan
c) Kedatangan haid
d) Sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
e) Elakkan mengambil pil yang mengandungi motilium

Cadangan Set Penyusuan Eksklusif Shaklee
Cadangan Set Penyusuan Eksklusif Shaklee

Panduan Meningkatkan Imunisasi Badan

Adakah anda sering mengalami jangkitan berulang seperti kerap demam, batuk, selsema, radang paru-paru berpanjangan dan bronkitis? Demam yang kerap berulang dalam masa terdekat merupakan simptom awal badan menghadapi kekurangan ketahanan (imunisasi).

"Bagi mereka yang sering mengalami jangkitan batuk dan selsema beberapa kali dalam setahun dan sering memerlukan antibiotik, anda mengalami masalah kekurangan ketahanan (imunisasi)." (Dr. Hanafiah Bashirun, Pakar Kesihatan Awam Hospital Columbia Asia)

lemah imun

Pada entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda beberapa Panduan Menguatkan Imunisasi Badan:
1) Kurangkan tekanan - Tekanan sebenarnya baik untuk kita kerana keadaan itu membuatkan kita berada dalam keadaan bersedia dan sentiasa berjaga-jaga. Namun, terlalu banyak tekanan menjejaskan kesihatan dengan melemahkan sistem imun badan. Jadi, pelajari kaedah menangani tekanan :)

2) Bina rangkaian sosial yang baik dan kukuh - Kajian mendapati individu yang ada hubungan baik dan erat dengan kawan-kawannya mempunyai daya keterusan hidup 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tiada kawan rapat. Untuk meluaskan rangkaian sosial anda, sertai aktiviti kejiranan anda, menjadi sukarelawan atau menganggotai badan bukan kerajaan

3) Berfikiran positif - Sikap dan pemikiran positif akan merangsang daya ketahanan badan. Kajian ke atas pelajar jurusan undang0undang mendapati apabila mereka berasa optimistik, sistem imun mereka lebih kuat. Untuk itu, luangkan masa melakukan kerja yang anda suka dan melihat masalah sebagai cabaran bagi memperbaiki diri. Jangan layan fikiran negatif

4) Ketawa - Kajian yang dibuat ke atas sekelompok orang yang ketawa apabila menonton rancangan jenaka didapati sistem imun mereka meningkat

5) Tingkat pengambilan antioksidan - Sumber antioksidan ada di sekeliling kita iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Antioksidan dalam badan membantu melindungi sel daripada kesan radikal yang boleh merosakkan sel. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbilang warna setiap hari
Set Imunisasi

6) Ambil makanan tambahan (supplement) - Jika anda berasakan pemakanan harian anda tidak cukup membekalkan zat yang diperlukan, ambillah makanan tambahan (supplement) Shaklee. Shaklee merupakan vitamin dan supplement yang terbukti berkesan dan diproses secara semula jadi serta selamat untuk digunakan. Ia boleh membantu badan mendapat semua khasiat untuk membina sistem imun yang kuat

7) Elakkan makanan yang mengandungi 'kalori kosong' - 'Kalori kosong' bermakna makanan itu tidak mengandungi khasiat, tetapi ada kalori. Contohnya snek, gula-gula dan minuman berkarbonat. Jika anda mahukan kudapan, pilih makanan yang kaya khasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tinggi serat

8) Gerakkan badan kita (Senaman) - Manusia dicipta untuk bergerak. Amalan gaya hidup tidak aktif sebenarnya bertentangan dengan fitrah manusia. Banyak pergerakan dan bersenam bukan sahaja akan mengurangkan tekanan, malah membantu merendahkan risiko pelbagai penyakit

9) Tidur secukupnya - Tanpa tidur dan rehat secukupnya, sistem imun kita akan menjadi lemah. Jadi, rancang masa dan kerja sebaiknya supaya ia tidak menjejaskan tidur yang berkualiti

10) Berhenti MEROKOK - Merokok bukan sahaj menjadi punca dan perangsang kepada pelbagai jenis penyakit, malah ia turut melemahkan sistem imun. Pendedahan kepada asap rokok (perokok sekunder/pasif) juga boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan

11) Kerap mencuci tangan - Mencuci tangan dengan bersih sekerap mungkin secara tidak langsung melindungi keluarga anda, khususnya kanak-kanak di bawah umur 5 tahun atau warga emas yang melebihi 65 tahun
kebal
Sistem Imunisasi Badan
(Sumber: Berita Harian - 23 Ogos 2014)

Tips Mengembalikan Keupayaan dan Keinginan Seksual

Bagaimana untuk mengembalikan semula keupayaan dan keinginan seksual?

1) Bagi individu yang obes, anda disarankan untuk menurunkan berat badan - Obesiti bukan sekadar mengukur saiz pinggang tetapi ia menuntut keseluruhan fizikal

2) Amalkan pengambilan diet yang seimbang - Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein, lebihkan makan ikan berbanding daging, kurangkan makanan atau minuman bergula (gantikan dengan pemanis kurang kalori seperti stevia)

3) Bersenam 10 minit sehari - Jika seseorang individu dapat menurunkan berat badan, mereka dapat mencegah penyakit diabetes, seterusnya insiden mati pucuk. Senaman 10 minit sehari (secara konsisten) adalah memadai di samping pengambilan supplement membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan

4) Berhenti MEROKOK - Tabiat merokok didapati mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Ini akan menjejaskan 'perjalanan' sperma untuk menembusi ovum
Tips
Sihatkan badan dengan senaman

Maklumat yang perlu anda ketahui:
a) Pengambilan ubat tradisional yang belum terbukti selamat boleh memberi kesan sampingan yang memudaratkan

b) Bagi golongan berusia, masalah ereksi akan meningkat dengan pertambahan usia. Dalam erti kata lain, golongan yang berusia 50-an tidak boleh mendapat semula ereksi seperti ketika berusia 20-an. Walau bagaimanapun, dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan mengurangkan berat badan, gejala mati pucuk dan penyakit lain dapat diminimakan.
(Sumber: Artikel ini dipetik daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 23 Ogos 2014)

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee, saya sedia memberikan cadangan set yang diperlukan beserta khidmat konsultasi secara percuma. Untuk maklumat lanjut, SMS/Whatsapp Sara: 016-4413858

Kos Penjagaan Kesihatan Semakin Meningkat

Disebabkan tabiat diet pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya aktiviti bersenam, bilangan orang ramai yang menghidapi penyakit kronik semakin meningkat. Ia bukan sahaja meningkatkan kos penjagaan kesihatan, malah  mengundang pelbagai komplikasi, termasuk kegagalan buah pinggang, penyakit jantung, diabetes, buta, mati pucuk, yang mana menyebabkan beban besar kewangan terhadap diri sendiri dan masyarakat.

Obesiti
Penduduk Malaysia paling ramai mengalami obesiti

"Jika seseorang itu obes dan menghidap diabetes, tidak mustahil dalam beberapa tahun akan datang, individu berkenaan akan mengalami mati pucuk" (Dr. John Dean, Pakar Seksual). Masalah mati pucuk bukan sahaja menyerang golongan yang berusia, tetapi turut dihadapi oleh lelaki muda seawal usia 20 tahun.

Individu Obesiti Kurang Rangsangan Seksual

Risiko berat badan berlebihan akan menyebabkan obesiti. Bagaimanakah keadaan fizikal yang obes memberi kesan terhadap prestasi di ranjang?

Penyelidikan terbaru menunjukkan sesetengah keadaan fizikal tertentu akibat obesiti turut mempengaruhi keinginan seksual, menjejaskan nafsu golongan yang mengalami berat badan berlebihan. Sebanyak 30% individu obes menadaptkan bantuan untuk mengatasi masalah ini (Pusat Diet dan Kecergasan Universiti Duke, Durham, USA).

Akibat lebihan lemak dalam badan, arteri kecil dalam zakar tertutup menyebabkan saluran darah sempit atau tersumbat dan seterusnya mati pucuk. Gangguan aliran darah mengakibatkan zakar gagal untuk mencapai ereksi (membesar dan menegang). Apabila ini berlaku, tubuh kurang memberi tindak balas dan nafsu seksual menurun. Seramai 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia mengalami obesiti: 35.7% - India, 32% - Melayu, 19.7% - Cina. Tahukah anda, Malaysia dikategorikan sebagai antara negara paling obes (44.2%) di rantau Asia Tenggara?
Menurut Dr. Andrew McCollough, "Seseorang lelaki yang bermasalah mendapat ereksi akan kehilangan nafsu seks dalam tempoh beberapa ketika. Masalah ini boleh diatasi dengan cara menurunkan berat badan."

Rakyat Malaysia Semakin Gemuk?

Mengapakah rakyat Malaysia semakin gemuk? Tahukah anda berapakah kalori yang diperlukan dalam diet pemakanan seharian?

1) Bagi individu dewasa, mereka hanya memerlukan kira-kira 2000 kalori bagi lelaki dan 1600 kalori bagi wanita, dalam sehari. Walau bagaimanapun, purata rakyat Malaysia mengambil sejumlah 3000 kalori sehari (hampir 2 kali ganda daripada yang disarankan)

2) 92.5% penduduk mengambil kurang 5 hidangan buah atau sayur sehari

3) Tidak cukup dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat, 35.2% penduduk didapati tidak aktif dari segi aktiviti fizikal (bersenam)

4) Pengambilan karbohidrat secara berlebihan yang diperolehi dalam makanan segera, makanan proses dan berkanji dalam kuantiti yang banyak, namun kurang melebihkan sayur dan makanan berprotein
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan menjelang tahun 2015, kira-kira 2.3 billion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai berat badan berlebihan (gemuk), manakala 700 juta mengalami obesiti.