Wednesday, October 7, 2015

Individu Obesiti Kurang Rangsangan Seksual

Risiko berat badan berlebihan akan menyebabkan obesiti. Bagaimanakah keadaan fizikal yang obes memberi kesan terhadap prestasi di ranjang?

Penyelidikan terbaru menunjukkan sesetengah keadaan fizikal tertentu akibat obesiti turut mempengaruhi keinginan seksual, menjejaskan nafsu golongan yang mengalami berat badan berlebihan. Sebanyak 30% individu obes menadaptkan bantuan untuk mengatasi masalah ini (Pusat Diet dan Kecergasan Universiti Duke, Durham, USA).

Akibat lebihan lemak dalam badan, arteri kecil dalam zakar tertutup menyebabkan saluran darah sempit atau tersumbat dan seterusnya mati pucuk. Gangguan aliran darah mengakibatkan zakar gagal untuk mencapai ereksi (membesar dan menegang). Apabila ini berlaku, tubuh kurang memberi tindak balas dan nafsu seksual menurun. Seramai 2 daripada 5 orang rakyat Malaysia mengalami obesiti: 35.7% - India, 32% - Melayu, 19.7% - Cina. Tahukah anda, Malaysia dikategorikan sebagai antara negara paling obes (44.2%) di rantau Asia Tenggara?
Menurut Dr. Andrew McCollough, "Seseorang lelaki yang bermasalah mendapat ereksi akan kehilangan nafsu seks dalam tempoh beberapa ketika. Masalah ini boleh diatasi dengan cara menurunkan berat badan."

No comments:

Post a Comment