Wednesday, October 7, 2015

Rakyat Malaysia Semakin Gemuk?

Mengapakah rakyat Malaysia semakin gemuk? Tahukah anda berapakah kalori yang diperlukan dalam diet pemakanan seharian?

1) Bagi individu dewasa, mereka hanya memerlukan kira-kira 2000 kalori bagi lelaki dan 1600 kalori bagi wanita, dalam sehari. Walau bagaimanapun, purata rakyat Malaysia mengambil sejumlah 3000 kalori sehari (hampir 2 kali ganda daripada yang disarankan)

2) 92.5% penduduk mengambil kurang 5 hidangan buah atau sayur sehari

3) Tidak cukup dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat, 35.2% penduduk didapati tidak aktif dari segi aktiviti fizikal (bersenam)

4) Pengambilan karbohidrat secara berlebihan yang diperolehi dalam makanan segera, makanan proses dan berkanji dalam kuantiti yang banyak, namun kurang melebihkan sayur dan makanan berprotein
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan menjelang tahun 2015, kira-kira 2.3 billion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai berat badan berlebihan (gemuk), manakala 700 juta mengalami obesiti.

No comments:

Post a Comment