Wednesday, October 7, 2015

Khasiat Susu Ibu

Semestinya setiap ibu mengimpikan yang terbaik untuk bayi yang dikandungnya. Begitu juga saya!
Saya percaya tumbesaran seorang bayi bermula daripada pemakanan seorang ibu, iaitu sedari bayi dalam kandungan sehinggalah bayi selamat dilahirkan :)

Apa yang ibu makan, khasiatnya akan sampai kepada bayi anda. Justeru, pengambilan makanan yang bernutrisi, berkhasiat dan berzat penting untuk dititikberatkan sepanjang tempoh kehamilan.

Pemberian nutrisi yang terbaik buat bayi tidak terhenti saat bayi dilahirkan. Setelah bayi dilahirkan, bayi masih bergantung kepada ibu untuk terus salurkan khasiat buat si manja menerusi susu ibu yang diberi minum. Subhanallah! Banyak khasiat yang terkandung dalam susu ibu, ciptaan semula jadi oleh Allah! Susu ibu, susu terbaik di dunia!
Ayat al-Quran tentang Penyusuan Susu Ibu
Ayat al-Quran tentang Penyusuan Susu ibu
Ibu-ibu yang budiman, ketahuilah ibu-ibu bahawasanya ganjaran pahala Allah kurniakan bagi setiap titisan susu ibu yang diberikan kepada bayi. Justeru, sedari saya disahkan hamil, terus saya menanam tekad untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif untuk si manja saya.

Niat perlu ya ibu-ibu! Jangan ragu-ragu untuk memberikan yang terbaik buat bayi apatahlagi memandang rendah kepada diri sendiri dengan bisikan-bisikan negatif seperti:

"Saya risau tiada susu badan..."
"Badan saya kecil, ada ke susu nak keluar?"
"Saya tak pasti lagi nak beri susu ibu sepenuhnya atau campur dengan susu formula... (Ibu berkerjaya)"

Setiap rasa dan kata (meskipun di dalam hati cuma) adalah DOA. Sungguh, telah ada yang berlaku! 

SAIZ BADAN??
Saiz badan bukan penentu kepada kuantiti susu yang terdapat dalam payudara ibu-ibu
Saiz badan bukan penentu sama ada ibu-ibu melahirkan bayi secara servics vaginal delivery (SVD) iaitu kelahiran secara normal atau lower segment caesarian section (LSCS) iaitu kelahiran melalui pembedahan

Apa yang penting adalah PEMAKANAN yang diambil dalam diet seharian ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan.
Entri kali ini, Sara nk kongsikan Khasiat dan Kebaikan Susu Ibu untuk bayi:
a) Membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi - Mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
b) Susu awal ibu, iaitu kolostrum - Menguatkan sistem imunisasi bayi anda. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru
c) Mencegah pelbagai masalah alahan seperti eczema, athma dan colic (perut kembung)
d) Membantu meningkatkan kecerdikan dan kecerdasan minda anak anda
e) Tidak mudah tercemar berbanding cara penyusuan lain
f) Tidak perlu 'disediakan' kerana sentiasa boleh didapati pada bila-bila masa tanpa perlu membancuh atau menyesuaikan dengan suhu yang betul
g) Memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi
h) Memberi peluang kepada ibu dan bayi untuk berinteraksi sepenuhnya dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak

Semoga penulisan ini memberi maklumat dan manfaat buat ibu-ibu dan bakal ibu!
Salam sayang,
- SARA, menyokong penyusuan bayi secara eksklusif - (Whatsapp/SMS: 016-4413858)
(Sumber: Kementerian Kesihatan)

No comments:

Post a Comment