Wednesday, October 7, 2015

Tips Hebat Banyakkan Susu Ibu

Alhamdulillah, ibu-ibu pada hari ini ramai yang dah mempunyai kesedaran tentang khasiat dan kepentingan susu ibu kepada bayi. Seperti saranan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penyusuan secara eksklusif, ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi secara eksklusif (tanpa air putih atau makanan tambahan) sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Dan bayi boleh mula mengambil makanan pejal apabila mencecah usia 6 bulan. Jangan beri makanan pejal kepada bayi sebelum bayi berumur 6 bulan ya ibu-ibu. Usus bayi masih 'fragile', belum sesuai untuk terima makanan/minuman selain daripada susu ibu. Susu ibu lengkap nutrien kesemuanya untuk bayi seusia itu. Walau bagaimanapun, penyusuan eksklusif disarankan untuk diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Putera saya - Mishary Rashid
Putera saya - Mishary Rashid
Perlu untuk ibu-ibu ketahui, imunisasi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah bergantung kepada susu ibu semata-mata. Justeru, tempoh 6 bulan dikatakan sebagai tempoh yg 'kritikal' untuk ibu menjayakan penyusuan secara eksklusif. Tahukah ibu-ibu bahawa kuantiti susu ibu yang terhasil dipengaruhi oleh faktor DEMAND (permintaan) dan SUPPLY (penawaran).

Lagi banyak demand, lagi banyak supply. Sekiranya demand kurang, ini bermaksud supply pun akan berkurangan. Sebagai contoh, kekerapan bayi menyusu akan memberi signal (isyarat) bahawa susu perlu dihasilkan kerana terdapat permintaan.

Entri pada hari ini, saya sukacita untuk berkongsi dengan ibu-ibu, TIPS HEBAT BANYAKKAN SUSU IBU dari perspektif pengepaman, perkembangan bayi dan persediaan ibu. Jom kita baca tips-tips yang berharga itu:

1) Pemilihan Pam Susu dan Aktiviti Pengepaman
a) Dapatkan pam yang bersesuaian (menjimatkan masa dan memberikan keselesaan)
b) Periksa jika pam anda mempunyai masalah suction (sedutan) dan sebagainya yang membuatkan susu yang keluar semakin berkurangan
c) Kerapkan mengepam (mengosongkan payudara) atau menyusukan bayi setiap 2 jam atau 3 jam sekali
d) Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang
d) Jika perlu, buat hyperstimulation (power pumping) dengan menggunakan double-pumping pump
e) Tingkatkan masa mengepam e.g. Selepas bayi menyusu, tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
Istimewa Bayi Susu Ibu
Keistimewaan Bay Susu Ibu
2) Bayi, penyusuan dan pengambilan solid food (makanan pejal)
a) Bagi bayi yang belum memulakan solid food (makanan pejal), elakkan pemberian air masak, susu formula atau jus buah kepada bayi untuk pastikan anak terus menyusu badan (elakkan kekeliruan)
b) Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
c) Pastikan bayi menyusu di kedua-dua belah payudara sehingga bayi berhenti sendiri
d) Elakkan penggunaan botol susu ketika anda bersama bayi - Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak (tanpa perlu berusaha untuk menyedut). Berbanding dengan penyusuan secara langsung, bayi perlu ber'usaha' untuk menyedut susu dan proses sedutan mengambil masa. susu hanya akan keluar apabila disedut (memancut sekiranya susu banyak)

3) Persediaan Ibu
a) Ibu perlu memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi protein, kalsium dan galactagogues (milk booster - penggalak susu) untuk menghasilkan lebih banyak susu badan e.g. Alfalfa Complex, Energizing Soy Protein (ESP), Ostematrix, Susu, Fanugreek, dll.
b) Banyakkan minum air masak (seeloknya air suam) atau banyakkan makanan yang mengandungi sup terutamanya sup lobak putih
c) Perbanyakkan atau kerapkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu - Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan stok EBM dan secara tidak langsung anda dapat maintain stok EBM
c) Banyakkan berehat yang secukupnya - Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi

4) Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan production susu badan drop
a) Elakkan stress (tekanan) - Ibu yang berada dalam emosi yang tidak stabil akan membantutkan pengeluaran susu
b) Penggunaan pil perancang yang tidak bersesuaian akan 'mengeringkan' susu badan
c) Kedatangan haid
d) Sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
e) Elakkan mengambil pil yang mengandungi motilium

Cadangan Set Penyusuan Eksklusif Shaklee
Cadangan Set Penyusuan Eksklusif Shaklee

No comments:

Post a Comment