Wednesday, October 28, 2015

Cabaran pendidikan anak2 di alam cyber

Alam cyber menjadikan ibu bapa dan anak menjadi 'manja'. Apabila maklumat boleh didapati dengan banyak dan mudah tanpa struktur yang betul, masyarakat pada hari ini mudah rosak.

Apakah peranan ibu bapa dalam menangani isu ini?
1) Firman Allah,"Wahai orang2 yang beriman!Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berpaling dariNya, padahal kamu mendengar (perintah2Nya)" (Al-Anfaal: 20)

Apabila anak menjadi beban kepada internet dan ibu bapa tidak memainkan peranan, ibu bapa kelak akan dipersoalkan. Ibu bapa perlu mensasarkan anak agar tidak jadi 'talam 2 muka' (Depan baik, belakang sebaliknya)

2) Allah akan bertanya sama ada kita telah menunaikan amanah atau peranan sebagai suami atau bapa, dan dipertanggungjawabkan untuk kewajipan nafkah

3) Dalam hal ehwal rumahtangga, suami bertindak sebagai CEO (planning), manakala isteri COO (execution)

4) 3 golongan yang tidak masuk syurga:
a) Anak yang menderhakai ibu bapa
b) Lelaki yang menyerupai wanita
c) Suami yang dayus - Membenarkan isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain

5) Firman Allah,"Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa yang bersyukur kerana Allah, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji" (Luqman: 12)

Hikmah mesti ada pada si bapa. Bersyukur kepada Allah dengan anugerah kelahiran anak, bersyukur dengan aqiqah, potong rambut, timbangan dan sedekah mengikut timbangan perak, Maka, hendaklah bapa berterusan memberi peringatan kepada anak. Komunikasi bapa dengan anak itu wujud. Firman Allah,"Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar2 kezaliman yang besar" (Luqman: 13)

6) Firman Allah,"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (keletihan), dan menyusukannya dalam usia 2 tahun" (Luqman: 14)

7) Sekiranya ibu bapa mengajak kepada maksiat, jangan taati mereka. e.g. Ibu saya menyuruh saya memakai baju spagetthi, saya pun pakai sebab nak menuruti suruhan

8) Jika ada sekalipun amalan sebesar biji sawi, nescaya Allah akan memberi balasan walaupun secara terselindung, tersembunyi, mahupun tertutup


9) Tawaddhu' - Jangan sombong. Manusia tidak sempurna tetapi hendaklah sentiasa muhasabah diri. tutur kata dan bahasa melambangkan hati. Firman Allah,"Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai" (Luqman: 19)

10) Perbanyakkan dan pelbagaikan doa dan tingkatkan penghayatan. Percaya bahawa doa kita akan dimakbulkan Allah. Doa membentuk aura yang positif. Usahakan doa untuk dimakbulkan. Jangan syirik. Jangan memakan harta yang haram. Sekiranya mahu melabur, jangan semberono melabur pada saluran yang salah hanya semata-mata mahu beroleh hasil yang lumayan. Kelak natijahnya anak jadi degil, bebal dan lain2

11) Adab - Bagi seseorang kamu mengajarkan tentang adab, lebih baik daripada menyedekahkan secupak beras setiap hari. Walaupun tiada dalam agama, adab Melayu pun elok dipraktikkan selama mana tidak bercanggah dengan syara'

12) Ajarkan anak untuk kasihkan kita dan tunjukkan kasih pada anak agar diketahuinya. Seorang bapa yang tidak pernah mencium anak, bermakna Tuhan telah tarik rahmatnya. Pentingnya seorang ibu kasih kepada anaknya agar anaknya kasih kepada ibunya

13) Bagaimana untuk mewujudkan rasa dihormati? Buat apa yang kita mahu anak buat. Jadikan diri sebagai role model (Qudwah hasanah). Lebihkan banyak membaca dan mencari maklumat. Ibu bapa perlu menguasai IT supaya tak dikuasai (dimanipulasi) oleh anak den kerana 'buta IT'

14) Disiplin
a) Internet tak boleh 'on' masa hari sekolah
b) No smartphone at night. Rasional: Bahaya malam2 syaitan banyak berkeliaran. Boleh menimbulkan syahwat
c) Letakkan komputer di ruang yang terbuka supaya ibu bapa boleh monitor (lalu-lalang)
d) No smartphone masa balik kampung. Rasional: Masa untuk bergaul dan bermesra dengan sanak-saudara
e) Tetapkan aplikasi yang boleh dimuatnaik
f) Fikirkan alternative untuk menggantikan internet dan ketagihannya

15) Tiada kompromi komunikasi antara anak2 dengan individu lain jantina kerana syaitan paling kuat dalam godaan ini

(Sumber: Ceramah mengenai pendidikan anak2 di alam cyber yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman pada bulan February 2015)

No comments:

Post a Comment