Wednesday, October 7, 2015

Kesan Penyusuan Bayi Susu Ibu

Kebiasaan kita baca blog-blog atau intipati khasiat susu ibu, kebanyakannya adalah berkisarkan khasiat susu ibu kepada bayi. Tetapi bagaimana pula dengan kesan penyusuan bayi susu ibu kepada kesihatan ibu? Topik ini mungkin kurang dibincangkan. Walau bagaimanapun, suka untuk saya kongsikan beberapa kesan penyusuan bayi susu ibu daripada perspektif kesihatan ibu:

a) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin
b) Membakar kalori dan mengembalikan bentuk asal anda dengan cepat
c) Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
d) Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara eksklusif (tetapi tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penyusuan semata-mata. Ibu-ibu perlu menggunakan kaedah 'perancang keluarga' sebagai langkah yang lebih selamat)
Menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam
Menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam
Lain-lain kebaikan:
a) Tidak memerlukan perbelanjaan mingguan/bulanan untuk membeli susu formula
b) Persekitaran yang 'hijau' tanpa botol-botol, tin-tin dan kotak-kotak
c) Mudah untuk bermusafir tanpa perlu menyediakan air suam, susu dan lain-lain keperluan
d) Bayi dapat terus disusukan apabila diminta tanpa perlu mengambil masa (bangun pada tengah malam) semata-mata untuk membancuh susu
(Sumber: Kementerian Kesihatan)

Semoga bermanfaat!

Ibu-ibu memerlukan lebih khasiat dan tenaga kerana perlu menyediakan untuk '2 orang'. Saya syorkan ibu-ibu untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee yang terbukti berkesan dalam membantu ibu-ibu untuk sentiasa kekal bertenaga dalam menjalani kehidupan/rutin seharian dan set Shaklee menyediakan khasiat terbaik kepada ibu dan bayi dalam meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif!

Konsultasi pengambilan Set Penyusuan Shaklee, disediakan istimewa untuk pelanggan saya! Konsultasi pengambilan Set Penyusuan Shaklee, disediakan istimewa untuk pelanggan saya!
Feel free to SMS/Whatsapp (Sara): 016-4413858

No comments:

Post a Comment