Wednesday, October 7, 2015

Panduan Meningkatkan Imunisasi Badan

Adakah anda sering mengalami jangkitan berulang seperti kerap demam, batuk, selsema, radang paru-paru berpanjangan dan bronkitis? Demam yang kerap berulang dalam masa terdekat merupakan simptom awal badan menghadapi kekurangan ketahanan (imunisasi).

"Bagi mereka yang sering mengalami jangkitan batuk dan selsema beberapa kali dalam setahun dan sering memerlukan antibiotik, anda mengalami masalah kekurangan ketahanan (imunisasi)." (Dr. Hanafiah Bashirun, Pakar Kesihatan Awam Hospital Columbia Asia)

lemah imun

Pada entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda beberapa Panduan Menguatkan Imunisasi Badan:
1) Kurangkan tekanan - Tekanan sebenarnya baik untuk kita kerana keadaan itu membuatkan kita berada dalam keadaan bersedia dan sentiasa berjaga-jaga. Namun, terlalu banyak tekanan menjejaskan kesihatan dengan melemahkan sistem imun badan. Jadi, pelajari kaedah menangani tekanan :)

2) Bina rangkaian sosial yang baik dan kukuh - Kajian mendapati individu yang ada hubungan baik dan erat dengan kawan-kawannya mempunyai daya keterusan hidup 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tiada kawan rapat. Untuk meluaskan rangkaian sosial anda, sertai aktiviti kejiranan anda, menjadi sukarelawan atau menganggotai badan bukan kerajaan

3) Berfikiran positif - Sikap dan pemikiran positif akan merangsang daya ketahanan badan. Kajian ke atas pelajar jurusan undang0undang mendapati apabila mereka berasa optimistik, sistem imun mereka lebih kuat. Untuk itu, luangkan masa melakukan kerja yang anda suka dan melihat masalah sebagai cabaran bagi memperbaiki diri. Jangan layan fikiran negatif

4) Ketawa - Kajian yang dibuat ke atas sekelompok orang yang ketawa apabila menonton rancangan jenaka didapati sistem imun mereka meningkat

5) Tingkat pengambilan antioksidan - Sumber antioksidan ada di sekeliling kita iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Antioksidan dalam badan membantu melindungi sel daripada kesan radikal yang boleh merosakkan sel. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbilang warna setiap hari
Set Imunisasi

6) Ambil makanan tambahan (supplement) - Jika anda berasakan pemakanan harian anda tidak cukup membekalkan zat yang diperlukan, ambillah makanan tambahan (supplement) Shaklee. Shaklee merupakan vitamin dan supplement yang terbukti berkesan dan diproses secara semula jadi serta selamat untuk digunakan. Ia boleh membantu badan mendapat semua khasiat untuk membina sistem imun yang kuat

7) Elakkan makanan yang mengandungi 'kalori kosong' - 'Kalori kosong' bermakna makanan itu tidak mengandungi khasiat, tetapi ada kalori. Contohnya snek, gula-gula dan minuman berkarbonat. Jika anda mahukan kudapan, pilih makanan yang kaya khasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tinggi serat

8) Gerakkan badan kita (Senaman) - Manusia dicipta untuk bergerak. Amalan gaya hidup tidak aktif sebenarnya bertentangan dengan fitrah manusia. Banyak pergerakan dan bersenam bukan sahaja akan mengurangkan tekanan, malah membantu merendahkan risiko pelbagai penyakit

9) Tidur secukupnya - Tanpa tidur dan rehat secukupnya, sistem imun kita akan menjadi lemah. Jadi, rancang masa dan kerja sebaiknya supaya ia tidak menjejaskan tidur yang berkualiti

10) Berhenti MEROKOK - Merokok bukan sahaj menjadi punca dan perangsang kepada pelbagai jenis penyakit, malah ia turut melemahkan sistem imun. Pendedahan kepada asap rokok (perokok sekunder/pasif) juga boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan

11) Kerap mencuci tangan - Mencuci tangan dengan bersih sekerap mungkin secara tidak langsung melindungi keluarga anda, khususnya kanak-kanak di bawah umur 5 tahun atau warga emas yang melebihi 65 tahun
kebal
Sistem Imunisasi Badan
(Sumber: Berita Harian - 23 Ogos 2014)

No comments:

Post a Comment